09.11.2019 Halaman Utama 87
VIP Olymp Trade

Olymp Trade Secara Ringkas

Disclaimer : Broker Olymp Trade telah menghentikan penawaran akaun VIP. Sebagai gantinya, sekarang terdapat tiga jenis status akaun iaitu Beginner, Advance, dan Expert. Setiap status mempunyai kelebihan masing-masing. Boleh dikatakan bahawa status Expert pada masa sekarang setaraf dengan akaun VIP yang dahulu.

Pasaran kewangan terus berubah dan berkembang seiring dengan teknologi. Dengan kesenangan yang disediakan oleh teknologi ini, boleh dikatakan setiap orang kini dapat mengakses pelbagai pasaran kewangan secara meluas melalui pelbagai produk yang berbeza.

OlympTrade.com adalah antara laman web yang membolehkan anda untuk berdagang di pasaran tertentu seperti crypto atau pasangan mata wang. Berdagang menggunakan platform Olymp Trade memberikan anda akses kepada pasaran yang secara tradisional memerlukan keperluan modal yang besar.

Olymp Trade adalah platform perdagangan yang telah wujud beroperasi sejak tahun 2014. Melalui platform ini, trader boleh menggunakan instrumen yang berbeza untuk mengakses pasaran yang menjadi pilihan mereka. Apa yang menarik tentang Olymp Trade adalah mereka menyediakan pengguna mereka dengan bahan pendidikan yang lengkap. Fitur sedemikian memang sangat membantu para trader mempersiapkan diri untuk terjun ke pasaran kewangan dengan lebih yakin. Selain daripada itu trader akan menjadi lebih tahu tentang penggunaan indikator serta strategi perdagangan yang boleh mereka gunakan.

Kaedah yang digunakan untuk mendidik para trader termasuklah melalui webinar, penyediaan segmen khas di dalam platform ,serta konsultasi persendirian – yang dikhaskan untuk trader-trader VIP.

Akaun VIP secara ringkas

Menyentuh tentang akaun VIP, anda boleh melawat laman web Olymp Trade untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Walau bagaimanapun, sebagai pengenalan, terdapat beberapa perkara tambahan yang perlu anda ketahui sebelum membuka akaun VIP.

Mengikut halaman perdagangan VIP Olymp Trade, sebagai ahli VIP, kelebihan-kelebihan yang akan anda dapatkan adalah seperti perdagangan bebas risiko, strategi eksklusif serta konsultasi VIP secara peribadi seperti yang telah dinyatakan di atas tadi.

Melihat kepada keistimewaan-keistimewaan ini, anda mungkin tertanya berapakah modal yang perlu ada keluarkan untuk meraih kesemua kelebihan tersebut. Jumlah pelaburan awal adalah $2,000. Ya! Memang agak besar untuk sesetengah orang. Jadi ianya amat kritikal untuk anda mendapat pulangan yang setimpal dengan nilai wang anda.

VIP Olymp Trade

Status VIP di Olymp Trade

Status VIP di Olymp Trade adalah satu status yang berprestij serta menguntungkan. Ia membolehkan pedagang mendapat faedah tambahan sewaktu berdagang pada instrumen Fixed Time Trading.

Di artikel ini, kami akan terangkan satu persatu tentang akaun istimewa ini. Bermula dengan bagaimana cara untuk anda mendapatkan status premium ini berserta manfaat yang bakal anda perolehi.

VIP Olymp Trade

Status VIP dalam Olymp Trade serta perdagangan bebas risiko yang diperolehi membolehkan trader melakukan perdagangan dengan lebih selesa. Ia bukan saja akan memberi kelebihan kepada para trader bahkan ia menjadi satu perdagangan yang menguntungkan serta selamat.

Untuk menjadi ahli VIP, anda perlu membuat deposit sebanyak $ 2000 atau lebih dengan satu kali pembayaran. Sebaik saja transaksi pembayaran selesai dilakukan dengan menggunakan salah satu method pembayaran yang disediakan oleh Olymp Trade, anda akan menerima status istimewa ini.

Faedah Menjadi VIP Olymp Trade

1. Peningkatan keuntungan

Peningkatan keuntungan membolehkan ahli VIP memperoleh keuntungan sebanyak sehingga 92% dari setiap transaksi yang anda dagangkan. Ini bermakna anda boleh mengekstrak lebih banyak keuntungan dalam masa yang lebih singkat dari ahli-ahli di akaun standard.

VIP Olymp TradeSebagai contoh, pada akaun standard, hasil tertinggi yang boleh diperolehi pada pasangan mata wang yang paling popular hanya 80%, tetapi untuk VIP jumlahnya akan naik kepada 92%. Ini akan membolehkan anda menerima lebih banyak keuntungan dari setiap transaksi yang anda lakukan.

Tahap pendapatan yang meningkat sebanyak 12% ini sudah tentu akan memberi kesan positif ke atas keberkesanan pelbagai strategi dagangan yang digunakan. Secara tidak langsung, hasil ini dapat membantu meningkatkan keuntungan bulanan pedagang.

2. Jumlah transaksi maksimum.

Setelah seseorang trader itu menerima status VIP, jumlah urus niaga maksimum pada platform OlympTrade akan meningkat dari dua ribu dolar menjadi lima ribu dolar.
Peningkatan itu adalah sebanyak 2.5 kali ganda. Had tawaran ini sekali lagi membolehkan trader VIP mengekstrak keuntungan maksimum dengan bantuan strategi yang berkesan.

3. Jangka masa Pengeluaran.

Tempoh waktu pengeluaran dikurangkan kepada 1 hari. Untuk pedagang yang mempunyai jenis akaun biasa , mereka perlu menunggu sehingga 3-5 hari sebelum wang masuk ke akaun mereka. Tetapi untuk akaun VIP anda akan menerima keuntungan yang diperoleh pada hari yang sama pengeluaran dilakukan.Prosedur untuk permintaan pengeluaran ini adalah melalui cara yang sama seperti dilakukan di akaun standard.

4. Perunding peribadi.

Penganalisis yang akan membimbing anda adalah seorang trader yang berpengalaman. Tugas mereka adalah untuk membentuk seorang pemula menjadi seorang yang professional dalam trading. Mereka juga akan memberi khidmat nasihat mereka tentang isu-isu semasa perdagangan. VIP Trader boleh merujuk kepada penganalisa-penganalisa ini pada setiap saat untuk mendapatkan nasihat dari mereka. Pakar-pakar ini boleh dihubungi melalui Skype, telefon, e-mel atau anda boleh meminta panggilan balik.

5. Perdagangan Bebas Risiko.

Setiap bulan, pelanggan VIP menerima perdagangan bebas risiko untuk mereka gunakan di platform Olymp Trade. Anda boleh mendapatkan tawaran bebas risiko sehingga $15,000 per bulan. Pedagang yang berstatus VIP diberi peluang untuk memulakan dagangan dengan menggunakan perdagangan bebas risiko ini. Opsyen ini mengandaikan pengembalian 100% daripada jumlah pelaburan dalam kes kerugian trading.

6. Latihan individu.

VIP Olymp TradePedagang berstatus VIP akan diberi latihan melalui Skype, telefon dan webinar. Pelan perdagangan, psikologi perdagangan, strategi VIP, berita ekonomi – semua ini akan diajar supaya trader dapat berdagang dengan secara lebih efektif. Di samping itu, trader boleh memilih strategi dan topik yang diperlukan untuk dipelajari.

7. Webinar tertutup.

Olymp Trade mengadakan 4 webinars perdagangan setiap minggu. Webinar tertutup ini dikhaskan hanya untuk ahli-ahli VIP saja. Di dalam webinar tersebut wakil dari Olymp Trade akan berdagang dalam masa nyata bersama-sama dengan trader.

8. Strategi Eksklusif.

Pelanggan VIP akan mendapat akses kepada strategi eksklusif yang tidak dapat diakses oleh trader dari akaun standard. Strategi tersebut boleh didapati di platform dagangan. Anda boleh mengaktifkan mana-mana daripada strategi tersebut dengan satu klik, tanpa kehilangan masa pada tetapan parameter dan mencari penunjuk yang tepat untuk memulakan dagangan.

9. Isyarat dagangan.

Isyarat dagangan yang diberikan setiap hari di platform akan membantu memudahkan pencarian idea-idea pelaburan seberapa banyak yang mungkin. Jika anda menjadi pelanggan VIP anda akan menerima dari 5 hingga 10 isyarat dagangan untuk Open Position dalam tempoh 30 hingga 180 minit.

10. Acara eksklusif.

Olymp Trade mengadakan acara berskala besar dan memberi hadiah hebat kepada pemenang. Biasanya acara yang diadakan adalah kejohanan tahunan dan pedagang bukan sahaja boleh bersaing dalam kemahiran dengan pemain lain dalam platform dagangan, tetapi juga akan menerima ganjaran tunai yang lumayan atau hadiah yang menarik.

broker forex

Tunggu DULU !!

Kelebihan menjadi ahli VIP Olymp Trade tidak berhenti di situ. 

Baru-baru ini, Olymp Trade VIP Department telah mengumumkan diskaun yang lumayan buat ahli-ahli VIP. 

Diskaun 10% daripada jumlah deposit untuk VIP

Walaupun anda membayar kurang dari harga sebenar, anda tetap akan mendapat semua faedah, termasuk perdagangan bebas risiko bernilai $ 90 (€ 90) selepas anda mendepositkan akaun anda dengan $1800 (€ 1800). (Deposit sebenar ialah $2000)

Diskaun 40% Untuk Menguji Akaun VIP Selama 72 jam

Pedagang di Olymp Trade biasanya mendapat tawaran kepada pakej ini apabila mereka menaik tarafkan akaun mereka dengan bayaran sebanyak $500 (€ 500), tetapi dengan tawaran terbaru ini, anda boleh mendapatkan manfaat daripada tawaran ini selepas anda membuat deposit sebanyak $300 (€ 300). 

Selama 72 jam, anda akan mendapat akses kepada akaun VIP, strategi dagangan yang unik, perdagangan bebas risiko, dan bimbingan profesional. 

Bagaimanakah cara saya mendapatkan diskaun tersebut?

Minta panggilan kembali dari kaunselor VIP anda melalui customer support Olymp Trade atau e-mel ke vip@olymptrade.com

Wakil syarikat Olymp Trade akan menghubungi anda dan mengaktifkan keistimewaan-keistimewaan ini selepas anda mendepositkan akaun anda.

3 Kelebihan VIP yang membuatkan trading anda menjadi lebih baik

Status VIP adalah satu keistimewaan yang disediakan untuk meningkatkan prestasi anda setiap hari. Dengan menggunakan keistimewaan ini semasa berdagang, anda akan meningkatkan kemahiran anda pada beberapa bidang:

  1. Trading/Dagangan – anda dapat terus berhubung dengan seorang penganalisis peribadi yang akan memberitahu anda apa yang perlu anda tahu tentang trading. 
  2. Faedah kewangan- peningkatan keuntungan pada setiap dagangan, pengeluaran dana yang lebih cepat, dan perdagangan bebas risiko.
  3. Pengalaman perkongsian maklumat  – anda akan menyertai kelab perdagangan VIP dan menonton pakar-pakar Olymp Trade bertrading dalam masa nyata.

 

Kesimpulan

Status VIP di Olymp Trade adalah satu peluang untuk berdagang pada tahap yang lebih menguntungkan. Pengurus peribadi, strategi eksklusif, insurans urusniaga, peningkatan keuntungan dan pembayaran yang cepat membolehkan anda memulakan perdagangan dengan lebih cekap serta sudah pasti menguntungkan.

Alami perbezaannya dengan klik di sini .

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...